Thursday 11 August 2016

Penyakit Buah Pinggang

Penyakit buah pinggang adalah satu penyakit yang boleh mengancam kesihatan kita secara beransur-ansur yang boleh menyebabkan maut.  Pada peringkat awal, kebanyakan pengidap penyakit buah pinggang ini tidak menyedari kehadiran penyakit ini kerana tanda-tanda dan symptom penyakit ini agak sukat dikesan.

Fungsi utama buah pinggang adalah menapis darah bagi membuang air berlebihan, garam berlebihan dan bahan kumuh/bertoksin dari tubuh. Fungsi utama lain, membina beberapa jenis hormon yang mengawal beberapa fungsi tubuh seperti pengawalan tekanan darah dan pembinaan sel darah merah.

Buah pinggang juga berfungsi mengawal pH darah serta bertanggung jawab dalam mengaktifkan sejenis vitamin D yang membantu tubuh menyerap Kalsium yang digunakan untuk membina tulang dan menyelaras fungsi otot.

Tanda utama kerosakan buah pinggang sakit pinggang (low back pain). Kadang-kadang sakit pinggang berlaku hanya di sebelah pinggang iaitu sama ada bahagian kanan atau kiri pinggang.


Apabila seseorang misalnya sering mengalami sakit pinggang setiap kali tidur mengiring sebelah kiri, maka besar kemungkinan buah pinggang kirinya sedang mengalami kerosakan atau telah mengalami kerosakan pada tahap tertentu.
Kesakitan sebelah buah pinggang atau kedua-dua belah buah pinggang menyebabkan anda agak sukar untuk membuang air kecil pada waktu pagi atau ketika terjaga pada waktu tidur.


Rawatan Penyakit Buah Pinggang

Rawatan penyakit buah pinggang biasanya lebih bertumpu kepada pengawalan kepada penyebab kepada penyakit buah pinggang. Ini bermaksud, para doktor akan membantu anda dalam mengawal tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan tahap kolestrol ke tahap yang lebih baik. Mereka mungkin akan menggunakan salah satu kaedah di bawah dalam merawat penyakit buah pinggang.

1) Kaedah perubatan dan ubat-ubatan klinikal
Doktor anda mungkin mencadangkan ‘ACE inhibitors’ (seperti lisinopril dan ramipril) atau ARBs (seperti irbesartan dan olmesartan). Ini adalah ubat-ubatan tekanan darah yang boleh memperlahankan perkembangan penyakit buah pinggang. Doktor anda akan memberikan ubat-ubatan ini untuk mengekalkan fungsi buah pinggang berjalan dengan baik walaupun anda tidak mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

Satu lagi kaedah ubat-ubatan dalam merawat penyakit buah pinggang adalah menggunakan ‘cholestrol drugs’ (seperti simvastatin). Ubat ini dapat menurunkan tahap kolestrol dalam darah anda dan membantu mengekalkan kesihatan buah pinggang anda. Bergantung kepada symptom penyakit buah pinggang anda, doktor juga mungkin mencadangkan ubat yang boleh mengurangkan kebengkakan dan merawat anemia (i.e. kekurangan sel darah merah)
2) Kaedah ubat sakit buah pinggang semulajadi 
Terdapat beberapa ubat sakit buah pinggang yang boleh dikategorikan sebagai ubat semulajadi anugerah Ilahi yang boleh kita amalkan untuk kesihatan buah pinggang kita. Ianya boleh diamalkan sebagai kaedah rawatan alternatif untuk mengatasi masalah buah pinggang.  Antaranya adalah mengamalkan rebusan daun sup, meminum pati buah ceri, air rebusan daun parsli, air rebusan bulu jagung dan juga asparagus.
3) Mengubah diet dan gaya hidup sihat
Mengubah diet anda adalah sama penting dengan mengambil ubat-ubatan seperti yang dinyatakan di atas. Perubahan gaya hidup yang sihat boleh membantu menghapuskan banyak penyebab kepada penyakit buah pinggang.